Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Penganugerahan gelaran Doktor Falsafah (PhD) buat Ts. Dr. Wan Noor Azrina Binti Wan Azhari

Kami warga ADTEC JTM Kampus Tangkak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Dr. Wan Noor Azrina Binti Wan Azhari di atas penganugerahan gelaran Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
 
Pencapaian luar biasa ini merupakan bukti dedikasi, ketekunan, dan komitmen tinggi beliau dalam memperkasakan ilmu pengetahuan. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus mengejar kecemerlangan.
 
Selamat maju jaya dan syabas sekali lagi, Ts. Dr. Wan Noor Azrina!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Keagamaan-Program Budaya Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 89-105.

13 Mac 2026 - Program Budaya Al-Quran diteruskan lagi bagi siri kali ini dengan penglibatan aktif pelajar daripada Kursus Teknologi Polimer (Plastik).
 
Program ini membudayakan amalan membaca Al-Quran serta meningkatkan kefahaman terhadap mesej Al-Quran dalam kalangan pelajar di samping membina hubungan yang lebih dekat dengan kitab suci umat Islam.
 
Program dimulakan dengan sesi bacaan Al-Quran secara bersama, di mana para pelajar berpeluang memperbaiki bacaan serta menghayati makna ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas itu, program diteruskan dengan sesi tadabbur ayat, bagi memahami pengajaran yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah ayat 89 hingga 105.
 
Antara pengajaran utama yang dikongsikan ialah:
1. Kepentingan Memelihara Kesempurnaan Akidah dan Akhlak Dalam konsep "matematik akidah", menolak walau satu sahaja daripada Rukun Iman bermakna terbatalnya keimanan seseorang. Begitu juga dalam aspek akhlak; kita dinasihatkan agar tidak memutuskan silaturahim dengan sahabat handai hanya disebabkan oleh satu kesilapan kecil atau perbezaan pendapat, kerana menafikan segala kebaikan seseorang disebabkan satu kelemahan adalah satu kesilapan dalam tata kelola akhlak.
2. Bahaya Penyakit Hasad Dengki dan Sikap Sombong Ayat-ayat ini mendedahkan sikap Bani Israil yang menolak kebenaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun mereka telah mengetahui kebenaran Baginda melalui Kitab Taurat, mereka tetap mengingkarinya semata-mata kerana hasad dengki dan kesombongan apabila mendapati Baginda diutuskan daripada bangsa Arab, bukan daripada bangsa mereka.
3. Ancaman Amalan Sihir dan Perbuatan Mengadu Domba (Batu Api) Ilmu sihir adalah satu dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT dan sering digunakan untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan dengan memisahkan suami isteri. Walau bagaimanapun, masyarakat juga perlu berwaspada dengan perbuatan mengadu domba ("batu api"), kerana kejahatan lisan ini mampu memecahbelahkan persaudaraan dan membawa kerosakan dengan lebih pantas berbanding sihir. Segala kesan, sama ada daripada sihir mahupun usaha lain, hanya berlaku dengan izin Allah SWT.
4. Kewajipan Menepati Perjanjian Orang mukmin dilarang meniru sifat buruk golongan yang gemar menabur janji, namun dengan mudah mengkhianati dan mencabuli janji tersebut apabila mereka telah memperoleh kekuasaan atau keupayaan. Perjanjian adalah satu amanah yang dipandang amat berat di sisi Islam.
5. Memelihara Adab dan Pemilihan Tutur Kata Allah SWT mendidik umat Islam agar sentiasa menjaga adab ketika berkomunikasi. Sebagai contoh, Allah melarang para sahabat menggunakan perkataan "Raaina" kerana ia telah dimanipulasi oleh musuh Islam untuk tujuan menghina dan memerli Rasulullah SAW. Perkara ini menuntut kita agar menggunakan perkataan yang jelas dan tidak membuka ruang kepada salah faham atau fitnah.
6. Ketaatan Mutlak Terhadap Perintah Allah SWT Sebagai hamba-Nya, apabila kita menerima seruan dan perintah daripada Allah SWT, kita diwajibkan untuk mendengar, menerima, dan mentaatinya dengan sebulat hati. Elakkan sikap golongan terdahulu yang menjawab "Kami dengar, dan kami menderhaka" apabila diberikan ketetapan agama.
7. Persediaan Menghadapi Kematian dan Memohon Husnul-Khatimah Umur yang panjang, walau mencecah seribu tahun sekalipun, tidak akan mampu menyelamatkan seseorang daripada azab Allah SWT sekiranya mereka terus melakukan kezaliman dan kemaksiatan. Oleh kerana saat kematian itu adalah rahsia Allah, setiap individu Muslim wajib membuat persediaan rapi dan sentiasa berdoa agar kehidupan ini diakhiri dalam keadaan yang diredhai (husnul-khatimah).
 
Semoga melalui program ini para pelajar dapat mengambil pengajaran daripada kisah-kisah dalam Al-Quran serta menjadikannya panduan dalam kehidupan seharian.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Sesi Dialog Intelektual: Memperkasakan Keselamatan Jalan Raya dalam Kalangan Pelajar Bersama Ketua Jabatan

13 Mac 2026 - Telah berlangsung perhimpunan mingguan melibatkan para pelajar bersama Ketua Jabatan Mekanikal, Ts. Mohd Nazri Bin Salim.
 
Fokus utama perbincangan tertumpu kepada penganalisisan isu serta langkah proaktif bagi menangani insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar di sekitar kampus Tangkak.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia

13 Mac 2026 - Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada
YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha
 
Semoga YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta terus diberikan kekuatan dalam menerajui Jabatan Tenaga Manusia ke arah memperkasa pembangunan TVET dan kemahiran negara.
 
Ikhlas daripada
Warga ADTEC JTM Kampus Tangkak
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan