Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Majlis Perhimpunan Bulanan Tuan Pengarah Bersama Kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih (2)

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi bakti tuan dikenang disanjung
Kekal subur dalam ingatan
 
10 Oktober 2025 - Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Begitu lah asam garam sepanjang perkhidmatan sebagai penjawat awam. Bagi menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi, komitmen, dan pengorbanan diatas khidmat bakti yang telah dicurahkan, Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih buat En Abdul Halim Bin Abdul Ghani sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi, komitmen, dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat di institusi ini.
 
Majlis yang bertemakan Kesultanan Melayu bermula dengan perarakan konvoi motosikal dari Taman Negara Johor Gunung Ledang ke Kampus Tangkak dan diteruskan dengan perarakan beca mengelilingi Kampus.
 
Majlis turut diserikan dengan iringan paluan kompang, persembahan tarian zapin serta persembahan dari Band ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Secara keseluruhannya, majlis berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Ia bukan sahaja memberi ruang untuk mengenang jasa En. Abdul Halim bin Abd. Ghani, malah mempererat hubungan silaturahim antara semua warga ADTEC Tangkak. Semoga beliau terus diberi Kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam menempuh fasa kehidupan seterusnya.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Majlis Perhimpunan Bulanan Tuan Pengarah Bersama Kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Kepakaran Tenaga Pengajar Diiktiraf di Persada Inovasi

25 September 2025 - Kami di ADTEC JTM Kampus Tangkak amat berbesar hati mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Tn. Hj. Zamry bin Zakaria atas pelantikan berprestij beliau sebagai Juri bagi Pertandingan Inovasi, Rekacipta dan Kemahiran (INOREKA 2025)!

Pengiktirafan ini membuktikan kredibiliti dan kepakaran tinggi yang dimiliki oleh tenaga pengajar kami dalam bidang inovasi dan kemahiran.

Tn. Hj. Zamry Bersama Ts. Khairul Azha dari UTeM telah menggalas tugas penting dalam menilai sebanyak 30 projek inovasi yang dipertandingkan, merangkumi 5 kategori utama. Sumbangan beliau memastikan hanya projek terbaik dan paling berimpak sahaja yang diangkat!

Kami sentiasa komited dalam melahirkan tenaga pengajar yang bukan sahaja cemerlang di bilik kuliah, tetapi turut diiktiraf di peringkat kebangsaan.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
19 Peserta ST Microelectronic Muar Berjaya Genggam SKM

🎉 TAHNIAH HEBAT! 19 Peserta ST Microelectronic Muar Berjaya Genggam SKM! 🎉

Kami dari ADTEC JTM Kampus Tangkak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 19 orang peserta Kursus Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dari pelbagai jabatan ST Microelectronic Muar!

Semua peserta telah berjaya menamatkan kursus PPT dan menunjukkan ketrampilan cemerlang dalam sesi Verifikasi bersama Pegawai Pengesah Luar (PPL) PPT. Hasilnya, mereka kini secara rasmi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang kritikal: MC-091-3:2016 Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri!

Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan, membuktikan pengalaman kerja mereka diiktiraf pada tahap tertinggi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Tahniah juga diucapkan kepada barisan Tenaga Pengajar Bengkel Teknologi Mekatronik ADTEC JTM ILP Tangkak atas usaha gigih dan komitmen yang telah berjaya memastikan program ini berjalan lancar sehingga semua peserta memperolehi SKM.

Teruskan menyumbang kepakaran anda kepada industri!

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan