Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Kursus Kepimpinan MPP 2026

7-9 November 2025 - 24 orang pelajar dari 7 bengkel yang telah memenangi undi di dalam pilihanraya kampus yang telah dijalankan pada 29 Oktober 2025 berjaya menamatkan sesi Kursus Kepimpinan MPP 2026 yang bertujuan membangunkan potensi yang dimiliki pelajar melalui modul yang telah disusun kemas dan lengkap oleh jurulatih yang didatangkan khas dari Vision Consultant.
 
Objektif kursus adalah untuk membangunkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar bagi tahun 2026 yang mempunyai ilmu dalam kepimpinan, ilmu sahsiah,jati diri serta memahami integriti di dalam kepimpinan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Industri Teknologi Mekatronik ke KMB 5MWP Solar Farm Melaka

29 Oktober 2025 - Seramai 19 orang pelajar Teknologi Mekatronik menyertai lawatan industri ke KMB 5MWP Solar Farm, Melaka sebagai pendedahan secara langsung mengenai operasi, penyelenggaraan, dan integrasi sistem solar berskala besar yang mana ia relevan dengan aplikasi Mekatronik dalam bidang Tenaga Boleh Baharu.
 
Lawatan yang diiringi oleh 4 orang tenaga pengajar adalah platform bagi menghubungkan teori bilik kuliah bagi mengukuhkan kefahaman dalam subjek 'Industrial Exposure' dengan aplikasi sebenar sistem kawalan, sensor, dan automasi yang digunakan dalam operasi ladang solar, sekaligus melahirkan graduan TVET yang lebih bersedia mendepani industri.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

ADTEC JTM Kampus Tangkak Sambut Hari Sukan Negara 2025

Tangkak, 31 Oktober 2025 - Semangat kesukanan membara di ADTEC JTM Kampus Tangkak sempena sambutan Hari Sukan Negara!
 
Seluruh warga kampus termasuk kakitangan, pelajar, dan pekerja perkhidmatan kontrak telah berkumpul bagi memeriahkan program tahunan ini dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan.
 
Acara kemuncak hari ini adalah perlawanan lari berganti-ganti yang sangat sengit dan mencabar!
 
Kategori Kakitangan menyaksikan persaingan hebat yang melibatkan semua bengkel, bahagian pentadbiran, dan pasukan pekerja keselamatan. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan!
 
Kategori Pelajar pula mempamerkan bakat dan keazaman generasi muda ADTEC Tangkak.
 
Program ini telah disempurnakan dengan Majlis Perasmian oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak, yang turut menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan perpaduan melalui sukan.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini! Ayuh, jadikan sukan sebagai budaya hidup kita!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program ESG – Nature’s Legacy 1000 Trees For Greener Tomorrow

29 Oktober 2025 - Inisiatif Penanaman Pokok bertemakan '1 Kakitangan 1 Pokok' telah dilaksanakan oleh ADTEC JTM Kampus Tangkak sebagai salah satu cerminan komitmen serius ADTEC terhadap tunjang Environment (Alam Sekitar) dalam rangka kerja program Environment, Social, & Governance (ESG). Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan biodiversiti kampus, tetapi turut memupuk kesedaran tanggungjawab alam sekitar dalam kalangan seluruh warga ADTEC.
 
Hijaukan bumi, sejukkan kampus! ADTEC JTM Kampus Tangkak bangga mengumumkan kejayaan aktiviti penanaman pokok '1 Kakitangan 1 Pokok' di mana 100% kakitangan telah menyumbang kepada usaha penghijauan ini.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan