Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Majlis Konvokesyen Program Akademi Dalam Industri dan Peningkatan Kemahiran Pekerja Industri 2025

18 November 2025 - Majlis ini melibatkan syarikat-syarikat utama hasil kolaborasi antara ADTEC JTM Kampus Tangkak bersama pihak industri untuk meningkatkan kemahiran bakat tempatan, terutamanya dalam sektor berteknologi tinggi seperti semikonduktor, selaras dengan keperluan industri semasa.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan industri daripada empat syarikat yang telah berjaya menamatkan program dan seterusnya layak memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga dalam bidang masing-masing:
* STMicroelectronics Sdn. Bhd.
* Micron Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd.
* Top Empire Sdn. Bhd.
* V.S. Industry Berhad
 
Majlis ini telah melibatkan seramai 71 orang graduan dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha. Dalam ucapannya beliau menekankan konsep KITA (Kebersamaan Ini Tiada Akhirnya) dan ASKAR ( Atitude, Skills, Knowledge, Agile, Resilience) yang perlu dimiliki oleh graduan dan pengajar serta sokongan berterusan pihak industri dalam pembangunan TVET di Malaysia khususnya di JTM. Tidak lupa juga beliau mengucap tahniah kepada pihak syarikat dan ahli keluarga graduan yang telah memberi sokongan dan dokongan sepanjang tempoh latihan yang dilalui oleh graduan.
 
Semoga kerjasama industri ini akan berterusan dan lebih banyak lagi kerjasama dapat diwujudkan pada masa hadapan dalam usaha melestarikan TVET di Malaysia.
 
Syabas dan Tahniah Buat Semua Graduan!!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir ADTEC JTM Kampus Tangkak

13 November 2025 - Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berlangsung meriah sebagai penutup dan kenangan manis buat bakal graduan sesi 2/2025.
 
Tahniah kepada semua bakal graduan dan syabas kepada pemenang IKON Pelajar serta Pemenang Anugerah King & Queen yang menyerlah dengan gaya terbaik dalam Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir sesi 2/2025.
 
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua bakal graduan!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Strive25 bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor

12 November 2025 - Program Strive25 berjaya mengumpulkan 50 Kaunselor/Guru Pengiring dan 150 pelajar dari Tangkak, Muar & Segamat beserta Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
 
Peserta program ini turut dibawa ke sesi lawatan ke bengkel bagi melihat sendiri aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di bengkel.
 
Terima kasih Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kerjasama erat bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak bagi melestarikan hala tuju pendidikan TVET dikalangan pelajar!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Keterlibatan Komuniti: ADTEC JTM Tangkak Bersama Southern Volunteer

9 November 2025 - Seramai 12 pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menyertai program sukarelawan Southern Volunteer Daerah Tangkak.
 
Program khidmat komuniti yang diketuai oleh Saudara Taddy dari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, dari Bengkel Teknologi Kimpalan ini telah diadakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di Rumah Pangsa Tangkak.
 
Tahniah atas semangat kesukarelaan yang ditunjukkan!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan