Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Pertandingan Hafazan Sempena Ihya’ Ramadan

6 Mac 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Hafazan Sempena Program Ihya’ Ramadan bagi menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan para pelajar. Pertandingan ini melibatkan hafazan surah-surah daripada Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Fil.
 
Bagi memastikan penyertaan yang seimbang, setiap bengkel telah menghantar dua orang wakil, iaitu seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan untuk menyertai pertandingan ini. Para peserta memperdengarkan hafazan mereka di hadapan para juri dengan penuh keyakinan dan semangat.
 
Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri yang berpengalaman iaitu En. Muhammad Syafiq bin Wagimi dan Puan Shakila binti Zainal yang menilai peserta berdasarkan kelancaran hafazan, tajwid serta keyakinan ketika mempersembahkan bacaan.
 
Pertandingan ini dianjurkan bagi:
• Menggalakkan para pelajar menghafaz dan mendalami ayat-ayat suci Al-Quran.
• Menyemai minat serta kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan pelajar.
• Mengimarahkan program Ihya’ Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat dan berunsur kerohanian.
 
Diharapkan program seperti ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran serta menjadikannya sebagai amalan harian. Selain itu, program ini juga diharapkan mampu melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
 
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan ini berlangsung. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi asbab untuk terus mencintai Al-Quran.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Keagamaan-Program Budaya Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 70-88

6 Mac 2026 - Program Budaya Al-Quran diteruskan lagi bagi siri kali ini dengan penglibatan aktif pelajar daripada Kursus Teknologi Komputer (Rangkaian).
 
Program ini membudayakan amalan membaca Al-Quran serta meningkatkan kefahaman terhadap mesej Al-Quran dalam kalangan pelajar di samping membina hubungan yang lebih dekat dengan kitab suci umat Islam.
 
Program dimulakan dengan sesi bacaan Al-Quran secara bersama, di mana para pelajar berpeluang memperbaiki bacaan serta menghayati makna ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas itu, program diteruskan dengan sesi tadabbur ayat, bagi memahami pengajaran yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah ayat 70 hingga 88.
 
Antara pengajaran utama yang dikongsikan ialah:
✨ Kisah Lembu Betina & Kes Pembunuhan
Kaum Yahudi telah menyusahkan diri mereka sendiri dengan bertanya pelbagai soalan remeh mengenai ciri-ciri lembu yang diperintahkan Allah untuk disembelih bagi menyelesaikan kes pembunuhan. Peristiwa mayat yang dipukul dengan sebahagian anggota lembu lalu hidup semula menjadi bukti nyata kekuasaan Allah yang mampu menghidupkan orang yang telah mati.
✨ Kekerasan Hati yang Melampau
Walaupun telah diperlihatkan dengan pelbagai mukjizat dan tanda kebesaran Allah, hati mereka tetap keras dan degil, malah digambarkan lebih keras daripada batu sehingga sukar menerima hidayah.
✨ Penyelewengan Kitab & Keangkuhan Diri
Sebahagian ulama Yahudi telah menyelewengkan isi Kitab Taurat demi meraih keuntungan dunia. Mereka juga bersikap angkuh dengan mendakwa bahawa api neraka hanya akan menyentuh mereka untuk beberapa hari sahaja.
✨ Melanggar Perjanjian Allah
Kaum Yahudi telah mengkhianati perjanjian dengan Allah apabila mereka saling berbunuhan dan mengusir saudara seagama mereka sendiri dari kampung halaman. Mereka juga bersikap hipokrit dengan hanya beriman kepada sebahagian kitab dan menolak sebahagian ajaran yang lain.
✨ Membunuh Nabi & Menolak Kebenaran Kerana Dengki
Sikap sombong terhadap kebenaran menyebabkan mereka mendustakan bahkan membunuh sebahagian nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka. Mereka juga menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana hasad dengki apabila baginda tidak dilantik dari kalangan bangsa mereka.
 
Semoga melalui program ini para pelajar dapat mengambil pengajaran daripada kisah-kisah dalam Al-Quran serta menjadikannya panduan dalam kehidupan seharian.
 
📚 “Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan diamalkan.”
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Pertandingan Kuiz Ramadhan Sempena Ihya Ramadhan 2026

4 Mac 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kuiz Ramadan bersempena program Ihya Ramadan 1447H. Program ini bukan sekadar pertandingan, malah merupakan wadah bagi memperkukuh ukhuwah dan menyebarkan ilmu dalam suasana yang penuh harmoni serta menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan pelajar.
 
Kuiz telah dibahagikan kepada empat bahagian, merangkumi pelbagai topik berkaitan Ramadan dan ilmu pengetahuan Islam yang melibatkan kerjasama empat orang wakil dari setiap bengkel.
 
Antara objektif utama pertandingan ini adalah:
• Meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan ibadah dan sejarah Islam.
• Memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan antara ahli bengkel.
• Menggalakkan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat sepanjang bulan Ramadan.
• Mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar.
 
Syabas diucapkan kepada semua peserta atas semangat persaingan sihat yang ditunjukkan. Setinggi-tinggi penghargaan buat jawatankuasa pelaksana dan semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan besar buat kita semua.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Kunjungan Hormat Pengarah Ke SMK Parit Bunga dan SMK Tengku Mahmud Iskandar

4 Mac 2026 - Satu sesi Kunjungan Hormat telah dilaksanakan oleh Pengarah bersama Pegawai Pengurusan ke dua buah sekolah menengah di daerah Tangkak, iaitu SMK Parit Bunga dan SMK Tengku Mahmud Iskandar, Serom.
 
Lawatan kerja ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan sekolah-sekolah sasaran yang dikenal pasti mempunyai potensi besar dalam menyumbang kepada peningkatan enrolmen pelajar bagi sesi akan datang.
 
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah:
• Kolaborasi Pintar: Membina ekosistem kerjasama yang lebih dinamik antara institusi dan pihak sekolah.
• Sesi Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer): Memberi pendedahan secara langsung mengenai laluan pendidikan dan kerjaya yang lebih jelas kepada para pelajar.
 
Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan pembentukan masa depan pelajar yang lebih terjamin menerusi akses pendidikan yang tepat.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan