5 Disember 2025 - ADTEC JTM Kampus Tangkak memperkukuh komitmen terhadap kerohanian dan kesatuan dalam organisasi melalui penganjuran Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil yang berjaya dianjurkan oleh Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM).
Majlis yang penuh keberkatan ini diadakan bertujuan memohon keberkatan, kesejahteraan, dan kelancaran segala urusan kampus serta mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan warga kerja. Acara keagamaan ini telah diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi, termasuk Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak, Timbalan Pengarah Latihan, dan Timbalan Pengarah Operasi, yang menunjukkan sokongan padu terhadap inisiatif kerohanian.
Penyertaan dalam majlis ini adalah menyeluruh, di mana kakitangan dari pelbagai unit serta kakitangan pentadbiran turut hadir, bersama-sama membaca surah Yassin dan tahlil, mendoakan agar segala usaha dan perancangan ADTEC JTM Kampus Tangkak sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”











 (1300 × 110 px) (1).png)




