Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Melestari Kualiti, Memperkasa Kompetensi: Bengkel COPTPA dan Pembangunan Portfolio Sesi 1/2026

21 Januari 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel COPTPA dan Pembangunan Portfolio Sesi 1/2026 yang disampaikan oleh Mohd Khairul Nizam Bin Ab.Ghani, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL) ADTEC JTM Kampus Tangkak . Program intensif ini telah dihadiri secara komited oleh semua pensyarah ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Sesi kali ini bukan sekadar memenuhi tuntutan dokumentasi, malah berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu dalam memastikan setiap portfolio yang dibangunkan mencerminkan standard kecemerlangan akademik yang tertinggi. Fokus utama diberikan kepada ketepatan naratif kualiti dan penyelarasan eviden yang berimpak.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama dan semangat proaktif yang ditunjukkan sepanjang sesi berlangsung.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Lawatan Industri CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak ke TOP EMPIRE SDN. BHD.

13 Januari 2026 - Satu sesi Lawatan Industri telah diadakan oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak ke TOP EMPIRE SDN. BHD. sebagai usaha memperkukuh jaringan industri serta membuka peluang kerjasama baharu bagi tahun 2026.
 
Lawatan ini telah disertai oleh pegawai ESS ADTEC JTM Kampus Tangkak iaitu Tc. Hjh. Syakila Binti Zainal dan Ts. Hj. Zamry Bin Zakaria. Sesi pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan strategik berkenaan kesinambungan dan peluasan kerjasama industri yang memberi manfaat bersama.
 
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah En. Abdul Halim Lim bin Abdullah, Director (Engineering) TOP EMPIRE SDN. BHD., serta En. Nazerul, Supervisor yang menyelia program kerjasama bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak bagi tahun 2025.
 
Untuk makluman, TOP EMPIRE SDN. BHD. telah menjalinkan kerjasama aktif dengan ADTEC JTM Kampus Tangkak melalui penghantaran pekerja-pekerja syarikat bagi tujuan peningkatan kemahiran dan kepakaran. Hasil kerjasama ini, para peserta telah berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 dalam bidang Automasi Industri, yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
 
Diharapkan hubungan strategik ini dapat terus diperkukuh demi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan keperluan industri semasa.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Lawatan Industri CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak ke Premium Micro Mold Sdn. Bhd.

12 Januari 2026- CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak telah mengadakan Lawatan Industri ke Premium Micro Mold Sdn. Bhd. yang melibatkan pegawai-pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak iaitu Tc. Hjh. Syakila Binti Zainal, En. Azrul Anuar Bin Ghazali dan Ts. Hj. Zamry Bin Zakaria.
 
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan industri serta membuka peluang kerjasama strategik baharu bagi tahun 2026, khususnya dalam aspek latihan kemahiran, pendedahan kepada teknologi industri terkini serta potensi kolaborasi latihan berasaskan industri.
 
Pihak ADTEC JTM Kampus Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Premium Micro Mold Sdn. Bhd. atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu yang amat bermakna. Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan pada masa hadapan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Tawaran Sebutharga ILPT/PJS-ILPTANGKAK/01/2026 Pelupusan Aset Alih Kerjaan Bagi Peralatan/Mesin (Secara Sebutharga Jualan Langsung)

Kenyataan Tawaran Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerjaan Bagi Peralatan/Mesin ADTEC JTM Kampus Tangkak (Secara Sebutharga Jualan Langsung)

Dimaklumkan bahawa ADTEC JTM Kampus Tangkak telah membuka Tawaran Sebutharga Jualan Sisa seperti yang tersebut di atas. Sehubungan dengan itu, pihak yang berminat dengan tawaran ini boleh mengemukakan sebutharga tuan-tuan sebelum atau pada 19 Januari 2026.

Bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan untuk makluman selanjutnya oleh pihak tuan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami Ts. Mohd Suhaimi Bin Mat Din di talian 017-2328832.

  1. Surat Tawaran Sebutharga ILPT/PJS-ILPTANGKAK/01/2026
  2. KEW.PA-27 & Syarat Peraturan Sebutharga Sebutharga ILPT/PJS-ILPTANGKAK/01/2026
  3. KEW.PA-28 - Borang Sebutharga Pelupusan Aset Alih

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Terima kasih.

 “Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

 

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan