Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐅𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐂𝐀𝐌

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama dan pegawai Institut Latihan Perindustrian Tangkak bagi urusan Penawaran Sebutharga Pembekalan Bahan Guna Habis bagi Kursus Jangka Pendek (KJP) Teknologi Elektrik.
 
INI ADALAH CUBAAN PENIPUAN (SCAM)
• ADTEC/ILP/JTM 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 melantik ejen atau orang tengah
• Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai sebutharga
• Semua urusan rasmi hanya melalui saluran kerajaan yang sah
________________________________________
TINDAKAN ORANG AWAM
• Jangan buat sebarang bayaran kepada individu mencurigakan
• Jangan kongsi dokumen syarikat tanpa pengesahan
• Sahkan terus dengan pejabat ADTEC JTM Kampus Tangkak
 
Hubungi kami untuk pengesahan:
Tel : 06-9773800
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Sesawang : www.ilptangkak.gov.my
Unit BPPA
ADTEC JTM Kampus Tangkak
 

Pemerkasaan Integrasi Budaya Melalui Pertandingan Kolam Rangoli ADTEC Tangkak

28 Januari 2026 - Kelab Kebudayaan Pelajar India ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kolam Rangoli yang bersifat inklusif. Program ini menyaksikan penyertaan aktif daripada mahasiswa pelbagai latar belakang etnik termasuk Melayu, Cina, dan India, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan yang utuh di dalam kampus.
 
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah, Encik Ahmad Jefri bin Sabri, yang meluangkan masa meninjau hasil kreativiti para pelajar. Inisiatif ini bukan sekadar wadah ekspresi seni, malah berfungsi sebagai pemangkin dalam memperkukuh silaturahim dan mengharmonikan ekosistem pembelajaran yang dinamik.
 
Suasana bertambah meriah dengan sesi penilaian telus daripada barisan juri jemputan, Encik Henry Lalet Laeng Along dan Encik Arihaaran a/l Surendiran, yang memberikan suntikan semangat kepada semua peserta.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Ke Arah Kecemerlangan Akademik | Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran (PN) Bil. 1/2026

27-29 Januari 2026 - Selesai sesi Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran (PN) Bil. 1/2026 bagi menyemak dan memperakukan keputusan akhir pelajar program Sijil (Tamat Latihan Sesi 2/2025).
 
Langkah ini penting bagi memastikan setiap graduan yang dilahirkan memenuhi standard kompetensi yang ditetapkan dan merupakan penanda aras penting dalam melancarkan transisi pelajar ke alam kerjaya dengan sijil yang diiktiraf sepenuhnya.
 
Terima kasih atas kerjasama erat barisan Pegawai Naziran dan tenaga pengajar!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Keagamaan | Ceramah - Peristiwa yang Berlaku pada Bulan Syaaban

27 Januari 2026 - Alhamdulillah, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan satu ceramah keagamaan bertajuk “Peristiwa yang Berlaku pada Bulan Syaaban” sebagai pengisian rohani dan persediaan menjelang bulan Ramadan.
 
Ceramah ini memberi pendedahan kepada para pelajar dan warga kampus mengenai peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Syaaban serta hikmah dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berlangsung dalam suasana penuh penghayatan.
 
Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan meningkatkan keimanan kita semua.
 
Moga Syaaban menjadi medan persediaan terbaik menuju Ramadan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan