Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan Program Teknologi Pemesinan Industri dari KV Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka.

4 Februari 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka.
 
Fokus utama delegasi adalah untuk meneroka sinergi serta bertukar perspektif mengenai pelaksanaan Program Teknologi Pemesinan Industri, khususnya dalam memantapkan pelaksanaan kurikulum berasaskan COPTPA SVM/SKM.
 
Semoga input yang dikongsikan memberikan nilai tambah yang signifikan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan kemahiran serta pemangkin kepada kecemerlangan sistem pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di institusi masing-masing.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Eksplorasi Kerjaya: Pelajar Teknologi Kimpalan ADTEC JTM Kampus Tangkak ke Medan Industri!

4 Februari 2026 - Seramai 27 orang pelajar dan 4 orang pensyarah pengiring yang terdiri daripada Pegawai dari Bidang Teknologi Kimpalan Arka & Logam dan pegawai dari Bahagian Khidmat Sokongan Kerjaya dan Komuniti (CESS) telah mengadakan lawatan industri strategik ke TENAGRA SDN BHD, Krubong, Melaka.
 
Lawatan ini bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi merupakan platform bagi:
✅ Mendalami aplikasi teknologi kimpalan terkini di lapangan.
✅ Memahami dinamika dan permintaan industri global.
✅ Mempersiapkan tenaga kerja mahir yang kompeten serta kalis masa depan.
 
Terima kasih kepada pihak industri atas kesudian menerima kunjungan kami. Kerjasama strategik seperti ini adalah kunci dalam melahirkan graduan yang memenuhi piawaian mobiliti tenaga kerja global.
 
Kami di ILP Tangkak sentiasa komited memastikan setiap pelajar mendapat pendedahan terbaik selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan.
 
Be Skilled, Be Relevant!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Tahniah - Pengiktirafan Sebagai Master Trainer TVET

Satu kebanggaan buat warga JTM dan ADTEC JTM Kampus Tangkak!
 
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. Haji Zamry bin Haji Zakaria di atas pengiktirafan sebagai Master Trainer TVET dalam bidang Mechatronic Technology oleh Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK).
 
Pengiktirafan ini telah diperaku melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengiktirafan Pakar Bilangan 3 Tahun 2025 yang berlangsung pada 13 November 2025. Syabas atas komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam memperkasakan ekosistem TVET di Malaysia.
 
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik dan pelatih untuk terus memacu inovasi dan kemahiran teknikal negara ke tahap yang lebih tinggi.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Kempen Kesedaran dan Derma Darah sesi 1/2026

3 Februari 2026 - Menyahut seruan tanggungjawab sosial korporat, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menjalin kolaborasi strategik bersama Tabung Darah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bagi menjayakan Kempen Kesedaran dan Derma Darah sesi 1/2026.
 
Komitmen padu yang ditunjukkan oleh para pelajar dan kakitangan bukan sahaja memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan kakitangan dan mahasiswa bahkan mencerminkan keprihatinan tinggi warga ADTEC terhadap keperluan bekalan darah nasional.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan