Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Pelajar 2026

12 Mac 2026 - Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Pelajar 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dalam suasana harmoni dan ukhuwah yang erat antara warga ADTEC JTM Kampus Tangkak. Program ini menjadi salah satu pengisian bermakna sepanjang bulan Ramadan dalam usaha menyemarakkan lagi penghayatan ibadah dalam kalangan warga institut. Program ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
 
Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak, En. Ahmad Jefri Bin Sabri, bersama barisan pengurusan tertinggi institut, serta pegawai, kakitangan dan para pelajar yang turut memeriahkan program ini.
 
Majlis dimulakan pada jam 5.30 petang dengan Majlis Khatam Al-Quran, diikuti dengan alunan qasidah yang menambahkan lagi suasana tenang dan penuh penghayatan terhadap kemuliaan bulan Ramadan.
 
Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak, En. Ahmad Jefri Bin Sabri yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan pelbagai pertandingan sepanjang penganjuran program Ihya’ Ramadan. Dalam ucapannya, beliau turut menyeru para pelajar agar menjadikan Ramadan sebagai medan terbaik untuk memperbaiki diri, meningkatkan disiplin, memperbanyakkan amalan ibadah serta membentuk sahsiah yang lebih baik.
 
Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata serta hadiah kepada para pemenang pertandingan Ihya’ Ramadan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyertaan aktif pelajar sepanjang program berlangsung.
 
Turut diadakan penyampaian bakul dan sumbangan Ramadan sebanyak 37 bakul ramadan kepada 37 pelajar ADTEC JTM.Kampus Tangkak yang terpilih sebagai tanda keprihatinan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga institut.
 
Majlis turut diserikan dengan tayangan video kreatif johan pertandingan, yang mempamerkan kreativiti dan idea menarik daripada para pelajar dalam menyampaikan mesej positif berkaitan penghayatan Ramadan. Seterusnya, hadirin sekali lagi dihiburkan dengan alunan qasidah sebelum majlis diteruskan dengan bacaan doa Ramadan menjelang waktu berbuka puasa.
 
Para hadirin kemudiannya bersama-sama menikmati jamuan berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib, diikuti solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Majlis berakhir dengan penuh kesyukuran dan kenangan indah sebelum para hadirin bersurai.
 
Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus memperkukuhkan ukhuwah, memupuk nilai murni serta menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan seluruh warga institut.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Tangkak 1447H / 2026M

Tangkak, 11 Mac 2026 – ADTEC JTM Kampus Tangkak terus memperkukuh ukhuwah bersama komuniti melalui penyertaan dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Tangkak yang diadakan di Masjid Bandar Tangkak.

Pihak ADTEC telah menghantar wakil yang terdiri daripada 3 orang pegawai dan 2 orang pelajar bagi menyertai program murni ini bersama agensi-agensi kerajaan serta masyarakat setempat.

Antara pengisian program:

  • Sesi Tadarus Al-Quran: ADTEC JTM Kampus Tangkak telah diamanahkan bagi bacaan Juzuk 8 mengikut pembahagian kumpulan yang ditetapkan.
  • Majlis Khatam Al-Quran: Dipimpin secara tertib oleh Imam Daerah Tangkak.
  • Iftar & Ukhuwah: Sesi berbuka puasa ringan sejurus azan Maghrib berkumandang, diikuti solat fardhu berjemaah dan jamuan makan malam.

Penyertaan ini bukan sekadar memenuhi jemputan, malah merupakan inisiatif institut dalam menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta merapatkan hubungan silaturahim antara warga ADTEC dengan komuniti setempat serta agensi-agensi di daerah Tangkak.

Semoga usaha murni ini diberkati dan diteruskan lagi pada masa hadapan demi memupuk nilai-nilai kerohanian yang mantap dalam usaha memupuk ukhuwah dan menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan masyarakat.

“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Inisiatif Lestari: Program Green Ramadan 2026

9 Mac 2026 - Semangat kesukarelawanan dan kelestarian terus diperkasa!
 
Sepanjang bulan Ramadan ini, ADTEC JTM Kampus Tangkak melalui Pasukan ESG dengan kerjasama Pertubuhan Hayati Alam, Majlis Daerah Tangkak telah menjayakan program Green Ramadan 2026 di Pusat Kitar Semula Sagil, Tangkak.
 
Mengangkat semangat kolaborasi merentas institusi, program ini turut dijayakan bersama barisan tenaga pengajar dan pelajar sukarelawan Kolej Komuniti Pagoh. Kehadiran mereka selaku rakan strategik TVET mempertegas kepentingan perkongsian kepakaran dalam memastikan kecemerlangan pelaksanaan program.
 
Melalui penglibatan aktif sukarelawan pelajar (MPP & PRS) yang diketuai oleh Puan Noorashikin binti Saari, proses pengasingan sumbangan pakaian daripada kakitangan kampus telah berjalan dengan lancar. Kerjasama teknikal bersama Dr. Hayati binti Salleh (Pengerusi Akademi Hayati Alam) memastikan setiap item sumbangan diuruskan secara sistematik sebelum diserahkan kepada penerima manfaat.
 
Program ini bukan sekadar aktiviti kebajikan, malah merupakan manifestasi komitmen kami terhadap agenda ESG (Environmental, Social, and Governance) dalam membentuk komuniti yang lebih prihatin dan lestari.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Jejak TVET: Kunjungan Hormat Pihak Pengurusan ADTEC JTM Kampus Tangkak ke SMK Sagil dan SMK Bukit Gambir

6 Mac 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak terus komited dalam memperkasakan institusi pendidikan setempat melalui siri kunjungan hormat ke SMK Sagil dan SMK Bukit Gambir.
 
Sesi ini menjadi platform terbaik untuk bertukar pandangan serta menyelaraskan inisiatif pembangunan kemahiran demi masa depan generasi muda. Terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Sagil dan SMK Bukit Gambir atas kerjasama yang erat ini.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan