Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Mesyuarat Kerja Pembangunan Modul Kursus Profesionalisme Pengajar TVET di CIAST Shah Alam

4-5 Februari 2026 || Memacu Kecemerlangan TVET: Perkongsian Kepakaran ADTEC JTM Kampus Tangkak
 
ADTEC Tangkak Terus Melangkah ke Hadapan!
 
Tahniah diucapkan kepada dua orang tenaga pengajar pakar dari ADTEC JTM Kampus Tangkak yang telah dijemput bagi menyumbang kepakaran dalam Mesyuarat Kerja Pembangunan Modul Kursus Profesionalisme Pengajar TVET di CIAST Shah Alam.
 
Sumbangan ini memfokuskan kepada penghasilan Pembangunan Pelan Latihan (Training Roadmap) Skim DV bagi penyediaan Panduan dan Modul Kursus Profesional Pengajar TVET (PPTVET).
 
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada Ts. Hj. Zamry bin Hj. Zakaria dan En. Mohd Afizalamri bin Mohd Asrab di atas komitmen serta penglibatan aktif sepanjang bengkel ini berlangsung.
 
Penglibatan ini membuktikan warga kerja ADTEC Tangkak sentiasa menjadi rujukan dalam memperkasakan kualiti latihan dan profesionalisme tenaga pengajar TVET di peringkat kebangsaan. Semoga modul yang dibangunkan ini memberi impak besar kepada ekosistem TVET negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Karnival Kerjaya My Future Job bertempat di Dewan Jubli Intan Muar Johor

5 Februari 2026 - Bersempena Karnival Kerjaya MyFutureJobs yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, Muar, seramai 8 orang pelajar semester akhir program Sijil Teknologi Mekatronik telah diberi pendedahan eksklusif melalui sesi temu duga.
 
Inisiatif ini merupakan langkah strategik institusi dalam:
• Merapatkan Jurang Bakat: Memadankan kemahiran teknikal pelajar dengan keperluan semasa industri Mekatronik.
• Pemantapan Soft Skills: Mengasah kompetensi komunikasi dan keyakinan diri melalui interaksi profesional secara langsung.
• Penerokaan Kerjaya: Memperluas horizon pelajar terhadap ekosistem kerjaya masa hadapan.
 
Kami komited untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi teknikal, malah bersedia mendepani landskap industri yang dinamik.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Let’s Talk: Mental Health Hour

4 Februari 2026 - Program Let’s Talk: Mental Health Hour di bawah kelolaan Unit Pengurusan Psikologi ADTEC JTM Kampus Tangkak telah dijalankan sebagai salah satu inisiatif sokongan emosi kepada pelajar yang bertujuan menyediakan platform perbincangan secara selamat dan berstruktur.

Program ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kefahaman pelajar, emosi yang dialami serta pemikiran pelajar terhadap diri sendiri, sekali gus membantu pihak pengurusan psikologi kampus dalam merangka intervensi psikologi dan pelan tindakan susulan yang lebih tuntas serta berimpak

“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Keagamaan - Uji Minda Bulan Rejab dan Syaaban

3 Februari 2026 - Alhamdulillah, Uji Minda Bulan Rejab dan Syaaban telah berjaya dilaksanakan melibatkan pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan keistimewaan, peristiwa penting serta amalan yang dianjurkan dalam bulan Rejab dan Syaaban, di samping menyemai minat terhadap ilmu agama secara santai dan interaktif.
 
Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan komitmen dan penglibatan yang sangat memberangsangkan. Soalan kuiz yang disediakan merangkumi aras rendah hingga aras tinggi, sekali gus mencabar minda dan menguji pengetahuan peserta dengan cara yang menyeronokkan.
 
Diharapkan program seperti ini dapat:
✅ Menambah ilmu dan kesedaran agama
✅ Menjadi persediaan awal menuju bulan Ramadan
✅ Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kemahiran teknikal dan rohani
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada semua.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan