Accessibility Tools

Pengiktirafanmastertrainer.png
DaripadaAbuHurairahRAbeliauberkatabahawaRasulullahbersabdaSesiapayangmendirikanmemenuhituntutanpuasadanmenghidupkanmalam-malamRamadandenganpenuhkeimana2.png
isytiharsurausolatjumaat.png
kenalistressmondayblues.png
HARIBERTEMUPELANGGAN2026.png
tawarankemasukanedu.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Program Solat Sunat Gerhana Bulan

3 Mac 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Solat Sunat Gerhana Bulan di ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan penuh keberkatan dan penghayatan.
 
Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa bersama di Surau Al- Jazari dalam suasana yang sederhana dan penuh ukhwah. Seterusnya, para pelajar dan warga kampus menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum diteruskan dengan Solat Sunat Gerhana Bulan diikuti dengan khutbah ringkas yang memberi peringatan dan penghayatan tentang kebesaran Allah SWT serta hikmah di sebalik berlakunya fenomena gerhana bulan.
 
Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus menyemarakkan budaya penghayatan Islam dan memperkukuhkan sahsiah dalam kalangan warga kampus terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Pertandingan Azan Sempena Ihya' Ramadhan

Pada 27 Februari 2026 yang lalu, Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Azan sempena Program Ihya Ramadan bertempat di Dewan Kuliah Utama, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang mewakili 7 bengkel. Setiap peserta menampilkan laungan azan yang penuh penghayatan, kemerduan suara serta semangat dalam memartabatkan syiar Islam di kampus.
 
Barisan juri yang arif lagi berpengalaman terdiri daripada:
✨ En. Muhammad Syafiq Bin Wagimi
✨ En. Marosdi Bin Mamat
✨ En. Mohd Nazri Bin A. Bakar
 
Antara tujuan penganjuran pertandingan ini adalah untuk:
📌 Mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian
📌 Mencungkil bakat pelajar dalam seni laungan azan
📌 Meningkatkan keyakinan diri pelajar
📌 Memupuk semangat ukhuwah dan kebersamaan warga kampus
 
Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Keagamaan - Program Budaya Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 49-69

27 Februari 2026 - Program Budaya Al-Quran diteruskan lagi bagi siri kali ini dengan penglibatan aktif pelajar daripada jurusan Teknologi Pembuatan.
 
Program ini bertujuan membudayakan amalan membaca Al-Quran serta meningkatkan kefahaman terhadap mesej Al-Quran dalam kalangan pelajar.
 
Tazkirah ringkas berkenaan ganjaran pada bulan Ramadan turut diselitkan selepas Program ini.
 
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sahsiah.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Perhimpunan Mingguan Pelajar 2 Februari 2026

27 Februari 2026 - Platform perhimpunan pagi ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyampaikan amanat pengurusan dan perkongsian nilai murni bagi memperkasa sahsiah serta jati diri pelajar TVET secara holistik.

“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI

PENGIKTIRAFAN MASTER TRAINER

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin

Bidang : Teknologi Kimpalan (Kemahiran)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Abdul Halim Bin Abdullah

Abdul Halim Bin Abdullah

Bidang : Cyber Security (NET)Tempoh Pengiktirafan : 2 Disember 2024 sehingga 1 Disember 2029
Ts. Zamry Bin Zakaria

Ts. Zamry Bin Zakaria

Bidang : Mechatronic TechnologyTempoh Pengiktirafan : 13 November 2025 sehingga 12 November 2030

kemudahan

Tag Popular

Penerbitan